Showing posts with label Aneka Nasi. Show all posts
Showing posts with label Aneka Nasi. Show all posts

Resepi Nasi Ayam Penyet


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Nasi Ayam Penyet

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam penyet (rebusan):
  • 1 ekor ayam, potong 4 atau 8
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • air secukupnya
Bahan untuk rempah perapan:
  • 1/2 sudu jintan manis *
  • 1/2 sudu jintan putih *
  • 3 sudu besar ketumbar *
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit garam
Bahan untuk tepung kriuk:
  • Lebihan perapan rempah ayam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan tepung beras
Bahan-bahan untuk nasi ayam:
  • 3 cawan beras, bersihkan dan tos
  • 6 cawan air rebusan ayam, atau ikut sukatan jenis beras yang digunakan
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar mentega atau minyak sapi
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • Sedikit garam
Bahan-bahan untuk sup ayam:
  • 1 ikat sup bunjut adabi
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 batang serai
  • bawang goreng
Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:
  • 10 biji cili padi
  • 10 biji cili merah
  • 10 biji bawang merah, belah 4
  • 3 biji bawang putih, hiris kasar
  • 3 biji tomato, belah 4
  • 5 cm belacan bakar
  • 1/2 gengam ikan bilis
  • 3 sudu besar gula melaka, atau secukup rasa
  • secawan minyak
  • limau nipis atau limau kasturi
  • sedikit garam, jika perlu secukup rasa
Bahan untuk hidangan sampingan:
  • 4 ketul tauhu
  • 2 keping tempe
  • Sayur dan ulaman (timun,daun selom,kubis,kacang panjang,tomato)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam penyet (rebusan):
  1. Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih. Anggaran 15 minit atau sehingga empuk.
  2. Angkat ayam dan toskan.
Cara-cara untuk rempah perapan ayam:
  1. Sangai rempah bertanda (*). Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali tak berminyak sehingga naik bau.
  2. Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
  3. Gaulkan ayam rebus diatas bersama rempah kisar. Perap selama beberapa jam. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.
  4. Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
  5. Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tapi jangan campur dengan ayam.
  6. Bahan lebihan rempah akan digunakan untuk tepung kriuk
Cara-cara untuk tepung kriuk:
  1. Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percik bancuhan ini ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
  2. Boleh juga disalut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.
Cara-cara untuk nasi ayam penyet:
  1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan pandan sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan kacau seketika.
  3. Masukkan air dan sedikit garam. Tutup tudung periuk dan masak seperti biasa. Boleh juga gunakan periuk nasi elektrik.
Cara-cara untuk sup ayam:
  1. Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai. Che Nom dah tak letak halia dan bawang putih sebab sudah dimasukkan semasa proses rebusan ayam mula-mula tadi. Boleh juga rwbus bersama bahagian tulang ayam sepeti leher dan kaki ayam (jika anda suka).
  2. Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Cara-cara untuk sambal ayam penyet:
  1. Goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing. Angkat dan asingkan.
  2. Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.
  3. Kemudian goreng tomato sehingga layu.
  4. Kisar kasar ikan bilis, cili, bawang dan tomato yang digoreng bersama belacan bakar.
  5. Panaskan minyak lebihan tadi, masak sambal yang dikisar kasar bersama gula melaka. Perasakan dengan garam jika perlu. Hati-hati kerana ikan bilis sudah masin.
Cara-cara untuk bahan sampingan:
  1. Goreng tempe dan tauhu yang sudah digaul rempah.
  2. Hiris timun dan tomato, serta bersihkan ulam-ulaman lain. Hidangkan bersama nasi dan ayam penyet.

Resepi Nasi Goreng Tom Yam


categories: 
Cara Membuat Resepi Sedap Nasi Goreng Tom Yam

Bahan-Bahan:

Bahan untuk nasi goreng:
  • 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
  • 1 biji telur
  • 2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung)
  • 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
  • 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 3 helai daun limau purut, carik-carikkan
  • 2 sudu besar sos sotong atau sos ikan
  • sayur kobis, potong kecil
  • karot, potong dadu kecil
  • 2-3 helai sawi, hiris nipis
Bahan untuk tumbuk kasar:
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi
Bahan untuk hiasan tambahan:
  • keropok goreng
  • telur goreng mata

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk nasi goreng tom yam:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
  2. Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.
  3. Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  4. Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata.

Resepi Nasi Goreng Pataya


categories: 
Cara Membuat Resepi Sedap Nasi Goreng Pataya

Bahan-Bahan:

Bahan untuk nasi goreng:
  • 2 cawan nasi putih
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 5 ekor udang, buang kulit
  • sedikit isi ayam, potong kiub
  • 1 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi, ketuk hingga pecah
  • sedikit sayur campur
  • 1/2 ketul kiub ayam
  • serbuk lada sulah
  • sedikit kicap cair
  • timun, untuk hiasan
  • tomato, untuk hiasan
Bahan untuk salutan atau telur dadar:
  • 2 biji telur ayam
  • secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
  3. Masukkan udang, cili padi dan sayur campur, kemudian diikuti nasi putih. Goreng sehingga sebati.
  4. Masukkan serbuk lada sulah, kiub ayam, kicap cair dan goreng sehingga masak sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau telur bersama secubit garam. Panaskan kuali berasingan, tuang telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.
  6. Ambil satu mangkuk nasi goreng dan telangkupkan di atas telur dadar. Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi dan telangkupkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan. Hiaskan dengan timun dan tomato.

Resepi Nasi Lemak Ayam Rendang


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Nasi Lemak Ayam Rendang

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan beras
  • 3 1/2 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah (hiris halus)
  • 2 cm halia (hiris halus)
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan (dicarikdan simpul)
  • 2 batang kecil kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

  1. Cuci beras hingga bersih dan toskan airnya. Dalam periuk masukkan beras, santan, kayu manis, daun pandan dan bahan hiris halus (halia dan bawang merah) serta garam. Kacau rata dan masak di atas api.
  2. Kaedah rice cooker: Tekan butang dan tunggu sehinga masak. Kacau dan tutup kembali periuk.
  3. Kaedah masak atas api: Tanak sehingga mendidih dan sedikit kering.Kemudian perlahankan api dan tutup tudung periuk.
  4. Hidang bersama sambal, timun, kacang goreng, telur rebus dan ikan bilis goreng.
  5. Untuk resepi ayam rendang silarujuk di bahagian ayam

Resepi Nasi Ayam BBQ


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Nasi Ayam BBQ

Bahan-Bahan:

  • Beras 6 pot+air 6pot gak(klu nk ns lembut lg tmbah 1 pot air lg)
  • 2bj bwg merah
  • 2ulas bwg putih yg ditumbuk halus
  • 1 sdb planta
  • sehelai daun pandan
  • pewarna kuning egg yellow

Cara Penyediaan:

  1. Planta dipanaskan,tumis bwg2 dan goreng sehingga naik bau,masukkan sehelai daun pandan yg disimpulkan,masukkan air,garam 1sdk dan sedikit pewarna kuning egg yellow..,,Apabila siap curahkan ke dlm beras yg telah siap dicuci dan boleh la dimasukkan ke dlm rice cooker.
  2. Ayam Panggang Bbq
  3. Sediakan ayam yg dipotong besar spt 1/4 ayam dada ayam, dan 1/4 bahagian peha ayam diperap dgn serbuk kunyit,garam,2sdb besar gula,1sdb lada hitam,2sdb kicap pekat,1sdb sos tiram, 2ulas bwg puith 2inci ,halia dan 2 batang serai yg diblender dgn sedikit air..Apabila siap diperap sebentar boleh la dibakar di dlm oven dgn suhu 180c selama 1jam dgn menggunakan api atas bwh..Bakar lah sehingga masak.
  4. Bt sos lada
  5. 1.Tumis bwg putih2 ulas,bwg besar 1 bj dan halia 1/2 inci diblender halus dgn sedikit minyak
  6. 2.masukkan 11/2senduk cili boh,,goreng sampai cili masak.
  7. 3.masukkan air semangkuk yg dikehendaki,,klu byk air cair laa kuah sosnya,,klu air sikit pekat laa sosnya,,terpulang..
  8. 4.masukkan garam,gula dan sedikit cuka,,sekatakan rasa,,klu ada org yg x mkn cuka boleh laa diletak sekeping asam keping..ms nk serve keluarkan assam keping tersebut..

Resepi Nasi Goreng Daging Merah Ala Thai


categories: 
Cara Membuat Resepi Sedap Nasi Goreng Daging Merah Ala Thai

Bahan-Bahan:

Bahan untuk daging merah:
  • 200 gram daging
  • pewarna merah
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
  • 4 biji jagung muda, potong memanjang
  • sedikit tepung jagung
  • Karot, potong memanjang
Bahan untuk nasi goreng:
  • 4 cawan nasi
  • Sayuran campur atau mixed vegie
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 ketul kiub ayam
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak daging merah:
  1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
  2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
  3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
  5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
  7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.
Cara untuk memasak nasi goreng:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sayuran campur dan kiub ayam, kemudian masukkan nasi dan kacau sebati. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Masak sehingga telur sedikit keras dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Resepi Nasi Goreng Kampung


categories: 
Cara Membuat Resepi Sedap Nasi Goreng Kampung

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan nasi
  • 6 ekor udang, dibuang kulit
  • 2 ekor sotong, dipotong bulat
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 6 biji cili padi
  • 1/2 ikat sayur kangkung
  • 1 mangkuk kecil karot, didadu
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur
  • 2 ketul fish cake, putong dadu
  • ikan bilis goreng
  • serbuk lada sulah
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk tumbuk kasar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 6 biji cili padi

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
  2. Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
  3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
  4. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
  5. Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang.

Resepi Nasi Goreng Cendawan


categories: 
Cara Membuat Resepi Sedap Nasi Goreng Cendawan

Bahan-Bahan:

  • 3-4 cawan nasi
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 mangkuk kecil cendawan tiram (carikkan menjadi halus)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 3 ekor sotong (potong bulat)
  • sedikit karot (potong dadu)
  • Sayur kubis (hiris kasar)
  • bawang goreng 
Bahan-bahan tumbuk kasar:
  • 1 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. masukkan karot, kemudian masukkan sotong dan diikuti telur dan cendawan, kacau hingga telur menjadi hancur.
  4. Masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan dan kacau sehingga semua bahan menjadi sekata.
  5. Masukkan sos ikan serta serbuk lada sulah dan kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering . Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng.