Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Resepi Samosa

Cara Membuat Resepi Sedap Resepi Samosa

Bahan-Bahan:

Bahan untuk inti:
  • 3 biji kentang saiz besar atau 500 g kentang, dipotong dadu
  • 1 batang karot, dipotong dadu
  • sayur campur (jika suka, dan kalau guna sayur campur tak perlu lagi masukkan karot)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 cawan daging atau ayam cincang
  • 1/2 senduk minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk kulit samosa:
  • kulit popia secukupnya
  • 2 sudu besar tepung gandum, dibancuh dengan sedikit air

Cara Penyediaan:

Cara untuk inti:
  1. Rebus kentang separuh masak dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, kemudian diikuti bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Bancuh serbuk rempah kari dengan sedikit air, dan tuang ke dalam bahan tumis tadi.
  4. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak. Kalau minyak agak berkurangan, boleh tambahkan lagi minyak supaya rempah masak sempurna.
  5. Apabila rempah sudah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak, masukkan daging atau ayam kisar. Kacau sehingga daging masak.
  6. Masukkan karot (atau sayur campur). Masak sehingga karot lembut kemudian diikuti kentang.
  7. Perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
  8. Angkat dan sejukkan. Apabila inti telah sejuk, boleh di balut dengan kulit popia.

Resepi Kuih Lompang

Cara Membuat Kuih Lompang

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh kapur mkn
  • 1sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan cair
  • Daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Masak gula,gula melaka,air,santan dan daun pndan yg disimpul hingga larut
  2. Apabila air gula dah sejuk masukkan ke dalam bekas yg berisi tepung beras,air kapur,tepung jagung,Kacau sebati
  3. Tapiskan dan masukkan ke dlm acuan lompang yg telah di sapu minyak..
  4. Kukus dlm 15-20mnt
  5. Hidangkan bersama kelapa parut

Resepi Kuih Qasidah


categories: , ,
Cara Membuat Resepi Sedap Kuih Qasidah

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur makan
  • 1 sudu besar minyak sapi (tak letak pun tak apa)
Bahan untuk hiasan:
  • 6 ulas bawang merah
  • secubit garam

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kuih:
  1. Di dalam periuk, bancuh tepung bersama air, gula, garam, air kapur. Kacau sebati.
  2. Masak bahan bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Anggaran masa mengacau adalah 15 minit. Apabila telah pekat, masukkan minyak sapi untuk menambahkan rasa lemak kepada kuih dan menjadikannya berkilat. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak. Ratakan adunan dan tabur dengan bawang goreng bersama sedikit minyak dari gorengan bawang tadi. Potong apabila sudah sejuk.
Cara untuk bahan hiasan:
  1. Buang kulit dan hiris bawang nipis-nipis. Gaulkan dengan cuma secubit garam supaya bawang goreng menjadi lebih rangup dan enak.Jangan terlebih garam nanti masin. Goreng sehingga kekuningan.

Resepi Apam Polkadot

Cara Membuat Resepi Sedap Apam Polkadot

Bahan-Bahan:

  • 2 biji telur size A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh ovallete
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan susu Full Cream Dutch Lady
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • Jem, jenis kesukaan anda
  • piping bag secukupnya
  • pewarna makanan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kukusan dan pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain untuk mengelakkan air yang terwap.
  2. Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
  3. Masukkan jem ke dalam piping bag. Ketepikan.
  4. Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  5. Masukkan ovalette dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan menjadi kembang dan putih sekata. Haruskan pastikan adunan menjadi ringan supaya menghasilkan apam yang gebu apabila dikukus nanti.
  6. Masukkan susu sedikit dan selang selikan bersama sedikit tepung sehingga habis.
  7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Terpulang kepada anda berapa warna yang diperlukan. Che Nom cuma bahagi kan kepada dua. Bancuh bersama pewarna dan masukkan ke dalam piping bag.
  8. Isikan cawan kertas ke dalam acuan lompang.
  9. Picit adunan ke dalam cawan kertas separuh penuh dan picitkan pula setompok kecil jem sebagai inti.
  10. Kemudian tutup dengan adunan yang sama tetapi jangan terlalu penuh kerana perlu ada ruang untuk apam kembang bila kukus nanti.
  11. Picit dot dot ke atas adunan.
  12. Kukus selama 15 minit.

Resepi Agar - Agar Koktel

Cara Membuat Resepi Sedap Agar -Agar Koktel

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
  • 900 ml air
  • 1 tin koktel buah-buahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
  3. Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
  4. Tuang di dalam loyang dan sejukkan.

Resepi Puding Roti

Cara Membuat Resepi Sedap Puding Roti

Bahan-Bahan:

Bahan untuk di kisar
  • 4 keping roti*
  • 2 biji telur ayam *
  • 1 tin susu cair (400ml)*
  • 1 sudu teh asen vanilla*
Bahan-bahan lain
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar majerin
  • 3 jenis pewarna kesukaan

Cara Penyediaan:

  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur. dah larut masukkan gula.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang berlainan. (Kalau guna serbuk koko, gaul sebati serbuk koko dengan salah satu bahagian larutan puding).
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.

Resepi Puding Sagu Gula Melaka


categories: , ,
Cara Membuat Resepi Sedap Puding Gula Melaka

Bahan-Bahan:

Bahan untuk sagu:
  • 1 1/2 cawan sagu
  • air secukupnya
Bahan untuk kuah santan:
  • 2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
Bahan untuk sirap gula melaka:
  • 1 ketul besar gula melaka
  • 3 sudu besar gula merah serbuk Thai
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara Penyediaan:

  1. Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam. Anggaran air sehingga tenggelam dua ruas jari.
  2. Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Jika air kurang tambahkan sedikit supaya sagu masak dengan sempurna.
  3. Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
  4. Toskan dan masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sekata. Sudukan sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. Sagu akan terbentuk dan kental apabila sejuk.
  5. Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
Cara untuk kuah santan:
  1. Masak santan bersama daun pandan, tepung beras dan garam di atas api perlahan.
  2. Kacau sekata supaya santan tidak berketul. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, angkat dan sejukkan.
Cara untuk sirap gula melaka:
  1. Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan.
  2. Masak sehingga sirap mendidih pekat dan ketulan gula hilang. Kacau sebati.
  3. Tapis dan sejukkan.
Tips: Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit pekat dan masin. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis dari sirap gula melaka. Sirap gula melaka: Che Nom tambahkan gula merah Thai kerana rasanya yang sedap dan warnanya yang pekat kehitaman. Bila dimasak bersama gula melaka, warna yang terhasil sangat cantik dan rasanya sangat sedap.

Resepi Apam Mekar Tepung Beras


categories: 
Cara Membuat Resepi Sedap Apam Mekar Tepung Beras

Bahan-Bahan:

  • 200 g tepung beras (2 cwn)
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna atau emulco

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kukusan. Ikat tudung pengukus dengan kain supaya wap air tidak menitik ke dalam kuih.
  2. Satukan tepung beras, baking powder dan gula. Gaul sebati.
  3. Masukkan susu dan esen vanilla ke dalam adunan kering kemudian kacau sebati. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan sekata.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Che Nom bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan pertama tiada campuran, adunan kedua ditambah pati sirap dan aduna ketiga ditambah pandan emulco.
  5. Sudukan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10-15 minit. Jika muffin cup size kecil, cuma kukus 6-7 minit sahaja.

Resepi Binka Labu


categories: 
Cara Membuat Resepi Sedap Binka Labu

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (tak perlu terlalu pekat)
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 3 sudu mentega, cairkan
  • 2 cawan puri labu
  • bijan secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Kupas kulit labu dan potong kiub. Steam sehingga lembut dan kemudian lecek halus. Sukat sebanyak 2 cawan.
  2. Masukkan tepung, santan, telur, gula pasir, garam dan mentega. Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas dan kacau bersama puri labu.
  4. Tuang bancuhan ke dalam acuan yang sudah digris dengan minyak, tabur permukaan atas dengan bijan dan bakar selama 20-25 minit, atau sehingga bahagian atas kuih masak keperangan.
  5. Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong

Resepi Apam Balik


categories: 
Cara Membuat Resepi Sedap Apam Balik

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk apam balik:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:
  • sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
  • 1 tin jagung krim
  • gula pasir secukupnya

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk apam balik:
  1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
  4. Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
  5. Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
  6. Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.

Resepi Kek Blueberry Lembab


categories: ,
Cara Membuat Resepi Kek Blueberry Lembab

Bahan-Bahan:

  • 150 gram mentega
  • 150 gram (3/4 cawan) castor sugar
  • 2 biji telur, saiz B
  • 265 gram (1 3/4 cawan) tepung naik sendiri
  • 120 gram yoghurt
  • 2-3 sudu besar susu full cream
  • 100 gram (1 kotak kecil) fresh blueberry
  • gula aising, untuk taburan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
  2. Griskan tin pembakar dengan mentega cair dan lapik bahagian bawah dengan kertas baking. Saya gunakan tin bersaiz 8x8x3 inci.
  3. Pukul mentega yang telah dikeluarkan pada suhu bilik bersama gula castor di dalam mixing bowl sehingga sebati dan berwarna kuning pucat. Gunakan spatula jika bahagian bawah adunan melekat.
  4. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, juga esen vanilla dan teruskan pukul sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan yoghurt sehingga habis. Kemudian masukkan susu. Kacau sehingga betul-betul sebati.
  6. Tuangkan di dalam tin pembakar dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35 hingga 40 minit.
  7. Angkat dan sejukkan di atas cooling tray. Taburkan dengan gula icing untuk hiasan.
Tips: Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek masak sepenuhya. Jika lidi ditarik keluar bersih dan tidak melekat maksudnya kek sudah masak. Jika masih melekat adunan kek, teruskan membakar lagi.

Resepi Kek Oren Lembab dan Lembut


categories: ,
Cara Membuat Resepi Kek Oren Lembab Dan Lembut

Bahan-Bahan:

  • 1/2 cawan (114 g) mentega, unsalted
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 4 sudu kecil parutan kulit oren
  • 2 biji telur saiz A
  • 1/2 cawan sour cream
  • 1/4 cawan perahan jus oren segar
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada suhu 160 °C. Griskan loaf tin berukuran 9 inci dengan mentega.
  2. Putar mentega yang sudah lembut (tetapi masih sejuk) bersama gula kastor sehingga putih berkrim.
  3. Masukkan zest oren, telur sebiji demi sebiji, sour cream dan jus oren segar. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan sebati.
  4. Tuang ke dalam adunan dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga lidi yang dicucukkan di tengan kek bersih apabila ditarik,
Tips: 1.Jika anda tiada tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung kek yang dicampur bersama 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil baking soda. 2.Jika menggunakan salted butter (mentega bergaram) jangan dimasukkan garam lagi di dalam adunan

Recipe Chocolate Chip Muffin


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Chocolate Chip Muffin

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung(plain flour)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan susu dutch lady full cream
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 3/4 cawan coklat cip(semi sweet)
  • 2 sudu kecil essence vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada 200 darjah Celsius
  2. Dalam Mangkuk satukan tepung gula baking powder coklat cip dan garam, kacau rata
  3. Dalam mangkuk berasingan satukan susu, minyak, telur dan essence vanilla. Tuang kedalam mangkuk bahan kering sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati. Adunan akan menjadi sedikit pekat dan berketul-ketul.
  4. Isikan adunan kedalam muffin cup 2/3 penuh dan bakar selama 20-25 minit.
Tips: Muffin boleh dipastikan masak sepenuhnya apabila dicucuk kedalam muffin menggunakan bilah pencungkil gigi(toothpick), apabila di tarik bilah keluar dengan bersih(tidak melekat)

Resepi Chocolate Cheesecake Brownies


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Chocolate Cheesecake Brownies


Bahan-Bahan:

Bahan untuk adunan brownies:
  • 115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
  • 115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
  • 150g (3/4 cawan) gula perang
  • 2 biji telur
  • 50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
  • 1 biji telur
  • 225g (1 cawan) cream cheese
  • 50g (1/4 cawan) gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk adunan cheesecake:
  1. Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
  2. Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Cara-cara untuk membuat brownies:
  1. Panaskan oven pada suhu 160 ℃. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
  2. Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
  3. Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
  4. Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
  5. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
  7. Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
  8. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
  9. Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.
Tips: Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.

Resepi Puding Roti Kukus

Cara Membuat Resepi Sedap Puding Roti Kukus
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti | dipotong kecil
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
4-5 sudu besar mentega

 CARA MEMASAK:
1.    Satukan telur, gula dan esen vanila dan digaul rata.
2.    Kemudian masukkan susu cair dan gaul sebati.
3.    Sapu mentega pada roti dan susun atas loyang.
4.    Tuangkan adunan tadi di atas roti dan tabur kismis.
5.    Kukus dengan api sederhana sekitar 20-25 minit.

*Jika mahu, boleh masukkan cip coklat. Sejukkan sebelum dinikmati.
 

Resepi Puding Marble

 
 Cara Membuat Resepi Sedap Puding Marble

BAHAN-BAHAN:
1 peket serbuk agar-agar
500ml air
100gm gula pasir
250ml susu cair
2 keping roti
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu makan serbuk koko


CARA MEMASAK:
1. Satukan susu cair bersama roti kemudian kisar hingga sebati. Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga hancur.
3. Apabila hancur, masukkan bahan kisar bersama bancuhan tepung kastard. Kacau rata.
4. Asingkan dua senduk adunan dan campurkan dengan serbuk koko.
5. Tuangkan adunan kuning ke dalam bekas kemudian selang-seli dengan adunan berwarna koko. Biarkan hingga sejuk.

Resepi Puding Aiskrim Oreo

Cara Membuat Resepi Sedap Puding Aiskrim Oreo

Bahan-Bahan:

  • 1 paket agar-agar tali
  • 1 tin susu cair
  • 1250 ml air
  • 100 gram gula
  • 2 biji telur (xnak letak pun xpe, letak 1 biji pun boleh)
  • 1 bungkus biskut Oreo (Packing yg harga RM2.90)
  • Aiskrim (x kisah perisa ape pun. Saya guna perisa vanila)
  • sedikit esen vanila (nak hilangkan bau hanyir telur. kalau, kalau tak letak telur tak payah bubuh esen)

Cara Penyediaan:

  1. Basuh agar2 tali kemudian masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.
  2. Oreo dikisar dlm pengisar kering.
  3. Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
  4. Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.
  5. Bolehlah kemudiannya disejukan dlm acuan ataupon loyang
  6. Dah beku bolehla dipotong2 ,mkn sejuk2 lagi sedap

Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka

Cara Membuat Resepi Sedap Agar Agar Santan Gula Melaka

Bahan-Bahan:

  • 10-12 gram agar-agar (saya guna agar-agar bertali)
  • 3 1/2 cawan air
  • 3 helai daun pandan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka (anggaran dalam 220 gram)
  • 1 sudu besar gula merah thai
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Pukul telur bersama santan pekat, tapis dan ketepikan. Ini kerana untuk mengelakan ketulan telur putih yang tak sekata apabila dimasak nanti.
  2. Masak gula melaka, gula merah thai dan gula pasir sehingga larut dan kemudian tapis. Masak agar-agar bersama air gula tadi dan daun pandan sehingga cair.
  3. Masukkan santan cair, garam dan kacau sebati.
  4. Masukan bancuhan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. Teruskan mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih. Ini supaya gumpalan hakus dapat terbentuk cantik.
  5. Tuang dalam loyang dan sejukkan.

Resepi Bubur Pulut Hitam

Cara Membuat Resepi Sedap Bubur Pulut Hitam

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan:

Cara untuk masak bubur pulut hitam:
  1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
Cara untuk kuah santan:
  1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
  2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
Tips: Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.

Resepi Kuih lapis

Cara Membuat Resepi Sedap Kuih Lapis

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar tepung beras.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 2 cawan santan pekat.
  • 3/4 cawan gula.
  • Sedikit garam.
  • 1 sudu minyak masak.
  • Pewarna ikut cita rasa masing2.

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan pewarna.kacau sampai sebati.
  2. Kalau ada ketulan tepung,tapiskan ia. Griskan loyang dgn minyak masak tadi.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan adunan anda.
  4. Setiap lapisan mestilah dikukus selama 5 minit,kemudian lapiskan dgn warna lain sehingga habis.
  5. Utk lapisan terakhir,kukus selama 10 minit. Selamat Mencuba!