Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Resepi Apam Polkadot

Cara Membuat Resepi Sedap Apam Polkadot

Bahan-Bahan:

  • 2 biji telur size A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh ovallete
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan susu Full Cream Dutch Lady
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • Jem, jenis kesukaan anda
  • piping bag secukupnya
  • pewarna makanan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kukusan dan pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain untuk mengelakkan air yang terwap.
  2. Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
  3. Masukkan jem ke dalam piping bag. Ketepikan.
  4. Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  5. Masukkan ovalette dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan menjadi kembang dan putih sekata. Haruskan pastikan adunan menjadi ringan supaya menghasilkan apam yang gebu apabila dikukus nanti.
  6. Masukkan susu sedikit dan selang selikan bersama sedikit tepung sehingga habis.
  7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Terpulang kepada anda berapa warna yang diperlukan. Che Nom cuma bahagi kan kepada dua. Bancuh bersama pewarna dan masukkan ke dalam piping bag.
  8. Isikan cawan kertas ke dalam acuan lompang.
  9. Picit adunan ke dalam cawan kertas separuh penuh dan picitkan pula setompok kecil jem sebagai inti.
  10. Kemudian tutup dengan adunan yang sama tetapi jangan terlalu penuh kerana perlu ada ruang untuk apam kembang bila kukus nanti.
  11. Picit dot dot ke atas adunan.
  12. Kukus selama 15 minit.

Resepi Kek Blueberry Lembab


categories: ,
Cara Membuat Resepi Kek Blueberry Lembab

Bahan-Bahan:

  • 150 gram mentega
  • 150 gram (3/4 cawan) castor sugar
  • 2 biji telur, saiz B
  • 265 gram (1 3/4 cawan) tepung naik sendiri
  • 120 gram yoghurt
  • 2-3 sudu besar susu full cream
  • 100 gram (1 kotak kecil) fresh blueberry
  • gula aising, untuk taburan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
  2. Griskan tin pembakar dengan mentega cair dan lapik bahagian bawah dengan kertas baking. Saya gunakan tin bersaiz 8x8x3 inci.
  3. Pukul mentega yang telah dikeluarkan pada suhu bilik bersama gula castor di dalam mixing bowl sehingga sebati dan berwarna kuning pucat. Gunakan spatula jika bahagian bawah adunan melekat.
  4. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, juga esen vanilla dan teruskan pukul sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan yoghurt sehingga habis. Kemudian masukkan susu. Kacau sehingga betul-betul sebati.
  6. Tuangkan di dalam tin pembakar dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35 hingga 40 minit.
  7. Angkat dan sejukkan di atas cooling tray. Taburkan dengan gula icing untuk hiasan.
Tips: Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek masak sepenuhya. Jika lidi ditarik keluar bersih dan tidak melekat maksudnya kek sudah masak. Jika masih melekat adunan kek, teruskan membakar lagi.

Resepi Kek Oren Lembab dan Lembut


categories: ,
Cara Membuat Resepi Kek Oren Lembab Dan Lembut

Bahan-Bahan:

  • 1/2 cawan (114 g) mentega, unsalted
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 4 sudu kecil parutan kulit oren
  • 2 biji telur saiz A
  • 1/2 cawan sour cream
  • 1/4 cawan perahan jus oren segar
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada suhu 160 °C. Griskan loaf tin berukuran 9 inci dengan mentega.
  2. Putar mentega yang sudah lembut (tetapi masih sejuk) bersama gula kastor sehingga putih berkrim.
  3. Masukkan zest oren, telur sebiji demi sebiji, sour cream dan jus oren segar. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan sebati.
  4. Tuang ke dalam adunan dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga lidi yang dicucukkan di tengan kek bersih apabila ditarik,
Tips: 1.Jika anda tiada tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung kek yang dicampur bersama 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil baking soda. 2.Jika menggunakan salted butter (mentega bergaram) jangan dimasukkan garam lagi di dalam adunan

Recipe Chocolate Chip Muffin


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Chocolate Chip Muffin

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung(plain flour)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan susu dutch lady full cream
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 3/4 cawan coklat cip(semi sweet)
  • 2 sudu kecil essence vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada 200 darjah Celsius
  2. Dalam Mangkuk satukan tepung gula baking powder coklat cip dan garam, kacau rata
  3. Dalam mangkuk berasingan satukan susu, minyak, telur dan essence vanilla. Tuang kedalam mangkuk bahan kering sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati. Adunan akan menjadi sedikit pekat dan berketul-ketul.
  4. Isikan adunan kedalam muffin cup 2/3 penuh dan bakar selama 20-25 minit.
Tips: Muffin boleh dipastikan masak sepenuhnya apabila dicucuk kedalam muffin menggunakan bilah pencungkil gigi(toothpick), apabila di tarik bilah keluar dengan bersih(tidak melekat)

Resepi Chocolate Cheesecake Brownies


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Chocolate Cheesecake Brownies


Bahan-Bahan:

Bahan untuk adunan brownies:
  • 115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
  • 115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
  • 150g (3/4 cawan) gula perang
  • 2 biji telur
  • 50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
  • 1 biji telur
  • 225g (1 cawan) cream cheese
  • 50g (1/4 cawan) gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk adunan cheesecake:
  1. Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
  2. Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Cara-cara untuk membuat brownies:
  1. Panaskan oven pada suhu 160 ℃. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
  2. Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
  3. Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
  4. Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
  5. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
  7. Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
  8. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
  9. Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.
Tips: Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.

Resepi Muffin Vanilla


categories: 
Cara Membuat Resepi Sedap Muffin Vanilla

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan susu, full cream Dutch Lady
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur, saiz besar
  • 1/2 cawan butter, cairkan
  • hirisan kacang badam, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada 180 degree celcius
  2. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
  3. Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
  4. Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan dengan hirisan badam dan bakar selama 20 minit.
Tips: Pastikan butter cair dan sejuk pada suhu bilik supaya telur tidak menjadi masak semasa proses mengadun.

Resepi Vanilla Cupcake


categories: 
Cara Membuat Resepi Sedap Vanilla Cupcake

Bahan-Bahan:

Bahan untuk cupcake:
  • 125g tepung naik sendiri
  • 125g gula kastor
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 125g unsalted butter,
  • 2 biji telur gred A
  • 1 1/2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
  • 1/2 sudu kecil ekstrak vanila atau esen vanila
Bahan untuk buttercream:
  • 200g unsalted butter
  • 400g gula icing, ayak
  • 2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanila

Cara Penyediaan:

Cara untuk cupcake:
  1. Ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat. Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul butter bersama gula sehingga warna menjadi kuning pucat.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti vanila esen dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan susu dan kacau sehingga adunan sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan. Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak.
Cara untuk buttercream:
  1. Satukan susu dan esen vanila di dalam bekas, letak ke tepi.
  2. Pukul butter yang telah lembut sehingga berkrim dan warna menjadi putih pucat.
  3. Perlahankan mixer, dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit kemudian kacau sehingga lembut dan sebati. Tuang pula adunan susu dan vanila tadi sedikit demi sedikit, dan kasau sehingga mendapat tekstur yang lembut dan sekata.
  4. Masukkan buttercream ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan cantik di atas cupcake tadi. Che Nom sejukkan dulu buttercream selama 10 minit di dalam peti ais supaya senang dibentuk.

Resepi Lapis Cheese Cracker


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Lapis Cheese Cracker

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus biskut Deluxe cracker
  • 250g cream cheese Philadelphia
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • serbuk nestum secukupnya
  • 1 kotak kecil susu Full Cream atau Fresh Milk
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Putar cream cheese sehingga kembang dan lembut.
  2. Masukkan 4 sudu besar susu, kemudian masukkan pula susu pekat sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
  3. Celup biskut dalam susu dan susun di dalam loyang. Che Nom guna loyang berukuran 11"x7".
  4. Susun biskut rapat-rapat dan tuang sedikit adunan cream cheese di lapisan atas dan ratakan. Tabur sedikit nestum dengan sekata.
  5. Selang selikan dengan susunan biskut celup, lapisan cream cheese dan taburan nestum sehingga habis.
  6. Sejukkan dalam peti ais semalaman. Potong empat segi kecil dan tabur degan serbuk koko sebagai hiasan

Resepi Kek Batik


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Kek Batik

Bahan-Bahan:

  • 1 pek biskut Marie
  • 250g mentega/butter
  • 200g serbuk Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko, ayak
  • 3/4 tin susu pekat

Cara Penyediaan:

  1. Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8"x8".
  2. Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
  3. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
  4. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
  5. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
  6. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Tips: Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Che Nom gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.