Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda Dan Udang


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda Dan Udang

Bahan-Bahan:

  • 500 gram nangka muda
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai, dititik
Bahan untuk kisar halus:
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5-10 biji cili padi
  • sedikit ikan bilis ATAU 1 sudu kecil belacan bakar

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang dan ketepikan (Che Nom belah belakang udang dan buang 'tali hitam')
  2. Bersihkan nangka muda, potong kecil dan rebus sehingga lembut. Toskan.
  3. Masukkan nangka ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan santan cair. Rebus di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  4. Masukkan serai, asam keping, udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Kuah perlulah selalu dikacau supaya santan tidak berketul.
  5. Masukkan daun kunyit bersama dan perasakan garam dan gula secukupnya.
  6. Angkat dan hidangkena bersama nasi panas.

Resepi Udang Goreng Kunyit


categories: ,
Cara membuat Resepi Sedap Udang Goreng Kunyit

Bahan-Bahan:

  • 6 ekor udang saiz besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • Garam secukup
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  5. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.
Tips: Jangan goreng terlalu lama kerana udang akan menjadi keras kerana terlebih masak.

Resepi Sambal Udang / Udang Masak Merah


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Sambal Udang /Udang Masak Merah
Bahan-bahan
  • udang 500 grm
  • bawang besar 3 labu*
  • bawang putih 2 ulas*
  • cili giling 2 sudu besar
  • sos cili 5 sudu besar
  • bawang besar 1/2 labu (dipotong bulat)
  • minyak masak (5-7 sudu besar)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara-cara
  1. Kisar bawang putih dan bawang besar yang bertanda (*).
  2. Tumiskan bawang yang telah dikisar. tunggu sehingga bawang dah bertukar warna, jadi kuning. (kalau tak masak, nanti sakit perut). Guna api yang sederhana. Biarkan kuah mendidih.
  3. Masukkan cili giling, gaul rata. Sehingga kuah mendidih, kemudian campurkan sos cili, garam dan gula. Biarkan kuah mendidih.
  4. Masukkan udang, gaul rata. Bila udang dah bertukar warna kepada warna merah (menandakan ia dah masak), masukkan bawang yang telah dipotong. (campur sedikit air kalau nak cairkan kuah)
  5. Biarkan ia mendidih. Sedia untuk dihidang.
  6. (Boleh masukkan cili atau sebarang hiasan yang lain mengikut kreativiti dan citarasa masing-masing... Selamat mencuba) (^_~)y

Resepi Rendang Udang Galah


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Rendang Udang Galah
Bahan-bahan
  • 1kg udang galah dibersihkan
  • *10 tangkai lada kering
  • *3 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • 1/2 st ketumbar yg dikisar
  • 1/2 st jintan yg dikisar
  • 250ml santan
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 btg serai diketuk
  • secubit garam
  • secubit gula
  • kisar halus semua bhn bertanda *
  • minyak utk menumis

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bhn yg dikisar halus termasuk ketumbar dan jintan.
  2. Setelah garing masukkan serai.
  3. Kemudian masukkan udang dan daun limau purut.
  4. Akhir sekali masukkan santan dan garam serta gula.
  5. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi atau roti.
  6. Selamat mencuba.

Resepi Udang Goreng Bersarang


categories: 
Cara Membuat Udang Goreng Bersarang
Bahan untuk sarang:
2 biji kuning telur gred AA
1 cawan minyak
2 sudu makan mentega

Cara:
1. Pukul ringan kuning telur.
2. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
3. Gunakan senduk bulat untuk membuat pusingan sehala di dalam kuali.
4. Setelah minyak benar-benar panas, teruskan memusing minyak menggunakan tangan kanan, tangan kiri pula angkat kuning telur agak tinggi dan tuangkan ke dalam minyak gorengan. Teruskan memusing sehala dengan laju sehinggalah habis kuning telur yang dituang tadi.
5. Bila sarang telur kelihatan kuning keemasan, bolehlah angkat dan toskan minyaknya.



Kita sediakan pula udang goreng dan bahan untuk udang bersarang.

Bahan-bahan:
12 ekor udang kertas saiz sederhana besar - bersihkan - belah belakangnya dan tarik keluar urat urat - gaul udang tadi dengan secubit garam dan goreng hingga masak - angkat dan toskan
7 biji cili padi - hiris
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk
1/2 sudu teh perencah MAGGI Cukup Rasa
3 ulas bawang putih - cincang
2 tangkai daun kari - lurutkan daunnya
2 sudu makan mentega
3 sudu makan susu cair
 
 Cara:
1. Panaskan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Tambahkan hirisan cili padi dan daun kari. Gaul rata.
3. Masukkan susu cair, lada putih dan perencah Cukup Rasa.
4. Setelah bahan tumisan mulai memekat, masukkan udang dan kacau sekali dua. Padamkan api dapur.
5. Masukkan sarang telur tadi, dan gaul bersama udang.
6. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Udang Rangup Onion BBQ Sauce


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Udang Rangup Onion Sauce
Bahan-bahan
  • 12 ekor udang saiz sederhana, dibuang kulit, tinggalkan ekor
  • 2 cawan minyak masak untuk goreng udang dengan menggunakan minyak yang banyak
  • Perapan:
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh lada putih
  • Adunan:
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 100ml air
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Onion BBQ Sauce:
  • 4 sudu besar HEINZ ORIGINAL BBQ SAUCE
  • 1 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
  • ½ sudu besar kicap soya
  • 2 sudu besar air

Cara-cara
  1. Campurkan udang dengan bahan perapan. Masukkan semua bahan-bahan lain untuk adunan.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Salut udang dengan adunan tadi dan goreng sehingga nampak garing dan coklat kekuningan. Angkat udang tadi dan letakkan di atas tisu atau penapis untuk mengeringkan minyak.
  3. Panaskan 1 sudu besar minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar yang dicincang sehingga naik bau. Tambah bahan-bahan lain, kacau sehingga sebati.
  4. Toskan dengan udang yang digoreng tadi dan siap disediakan.

Resepi Udang Black Pepper


categories: ,
Cara Membuat Resepi Udang Black Pepper
350gm udang ~ saiz sederhana
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional


Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat.
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan udang.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn udang dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.............

* kalau sesiapa maless nak kukus brokoli boleh aje masukkan brokoli bersama2 udang dlm kuali.
**K.Nor tambah 1/4 sudu teh lada hitam yg ditumbuk utk membangkitkan rasa lada hitam
sbb bila guna guna sos blackpepper dlm botol ni rasa lada hitam tu tak membangkit sgt kan..

Resepi Sambal Udang Dengan Petai


categories: ,
Cara Membuat Sambal Udang Dengan Petai
Bahan-bahan
  • 1kg udang dibersihkan
  • 3 papan petai dibuang kulit
  • 1 biji bawang besar di hiris
  • 1/2 gelas air asam jawa cair
  • bahan kisar
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • 1 gelas air
  • 1 senduk cili kisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. panaskan kuali untuk menumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau
  2. masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan ringan
  3. masukkan air asam jawa, kacau rata dan biarkan mendidih sedikit
  4. tambah 1/2 gelas air dan biarkan mendidih dan sedikit pekat
  5. masukkan udang, petai dan bawang hiris. kacau rata dan biarkan untuk 5 minit.
  6. masukkan gula dan sedikit air, kacau lagi rata2. biarkan mendidih dan masak untuk 5-7 minit
  7. tutup api dan biarkan sambal mesra untuk 30 minit sebelum di hidang..

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api


categories: ,
Cara Membuat Udang Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan
  • Udang 1/2 kilo
  • Cili api 4 biji
  • serai 2 batang
  • bawang merah 4 biji
  • kunyit sebesar jari kelingking
  • asam gelugur 2 keping
  • santan secawan
  • Garam setengah sudu teh

Cara-cara
  1. ketuk serai dgn lesung batu. masukkan dalam periuk.
  2. bawang, kunyit, dan cili api dikisar bersama sedikit air. kemudian tuangkan dalam periuk bersama asam gelugur
  3. masukkan secawan air ke dalam periuk. masukkan santan dan garam. kacau dengan api sederhana supaya teksturnya halus lebih kurang 10 minit.
  4. siap! hidangkan dan hiaskan secantik mungkin buat santapan orang tersayang (V)(^^)(V)

Resepi Udang Butter Nestum


categories: 
Cara Membuat Udang Butter Nestum
Bahan-bahan
  • 12 ekor udang saiz sederhana
  • 2 biji kuning telur
  • 5 batang cili api (dibelah)
  • 10 helai daun kari
  • 3/4 cawan susu cair / segar
  • 5 sudu besar butter
  • Sedikit minyak
  • 2 ulas bawang putih (dipotong halus)
  • 4 sudu besar nestum
Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak dan 4 sudu besar butter di dalam kuali.
  2. Pukul kuning telur sedikit. Sambil sebelah tangan mengacau minyak di dalam kuali secara bulatan, sebelah tangan lagi digunakan untuk menuang telur ke dalam kuali tinggi-tinggi (untuk mendapatkan flos telur yang halus).
  3. Teruskan menggoreng flos telur sehingga masak. Toskan ke tepi.
  4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak kemerah-merahan. Toskan ke tepi.
  5. Panaskan 1 sudu butter dan tumis bawang putih serta cili api sehingga bau wangi. Kemudian, masukkan susu dan daun kari. Tumis seketika.
  6. Tambah garam dan gula mengikut rasa. Akhir sekali, masukkan udang dan nestum. Kaup balik sehingga semuanya sebati dan kering. Sedia untuk dihidangkan bersama flos telur tadi. SIAP.