Resepi Ayam Masak Halia


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Ayam Masak Halia


Bahan-Bahan:
  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
Tips: Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.
Garis panduan ukuran cawan d

Related Posts:

  • Resepi Udang Rangup Onion BBQ SauceCara Membuat Resepi Sedap Udang Rangup Onion Sauce Bahan-bahan 12 ekor udang saiz sederhana, dibuang kulit, tinggalkan ekor 2 cawan minyak masak u… Read More
  • Resepi Udang Black PepperCara Membuat Resepi Udang Black Pepper 350gm udang ~ saiz sederhanabrokoli secukupnya1 labu bawang besar ~ dipotong3 ulas bawang putih ~ dicincang1/… Read More
  • Resepi Sambal Udang Dengan PetaiCara Membuat Sambal Udang Dengan Petai Bahan-bahan 1kg udang dibersihkan 3 papan petai dibuang kulit 1 biji bawang besar di hiris 1/2 gelas air as… Read More
  • Resepi Sotong LemonCara Membuat Sotong Lemon Bahan-bahan Sotong size kecil or sederhana dlm 6-10 ekor. Buang ink dan kulit. Potong 3 or 4. Ikut suka masing2. 3/4 ca… Read More
  • Resepi Sotong Goreng Kari Cara Membuat Resepi Sedap Sotong Goreng Kari Bahan-bahan bawang besar 1/2 biji - potong bulat bawang putih 2 biji - hiris bawang merah 2 biji - p… Read More