Resepi Ikan Bersos Oren Sweet Sour


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Ikan Bersos Oren Sweet Sour
Bahan-bahan Ikan
800 gm isi ikan tanpa tulang (fish fillet) dipotong ketulan - saya pakai isi ikan jenahak putih
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1-2 sudu kecil Maggi® CukupRasa™
1/2 cawan tepung jagung
Cara-cara
Gaul ikan bersama serbuk lada sulah dan Maggi® CukupRasa™
Tepung jagung juga digaul bersama sedikit Maggi® CukupRasa™
Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak untuk goreng
Golekkan ketulan isi ikan dalam tepung sepenuhnya.
Goreng ikan sehingga kuning keemasan
Bahan – bahan Sos Oren Sweet Sour
2 biji oren
1/2 cawan perahan jus oren atau boleh pakai kordial oren
1/2 cawan air
4 ulas bawang putih, dicincang
1 batang kecil halia dipotong panjang halus
1 batang lobak merah dipotong memanjang halus
5 sudu besar sos cili Maggi®
6 biji cili padi, dihiris nipis
1 ulas bawang besar dibelah 8
1 sudu besar Maggi® CukupRasa™
2 pokok daun sup dicincang kasar
Minyak untuk menumis
1/3 cawan air dibancuh bersama sedikit tepung jagung
1 sudu kecil gula jika nak sedikit manis
Cara-cara
Oren diparut kulitnya.
Oren kemudian di kupas sehingga tinggal isi berwarna oren sahaja dan dipotong dadu
Panaskan minyak, tumis bawang putih bersama halia sehingga wangi dan kemudian masukkan jus oren dan sos cili Maggi®
Masak seketika. Jika agak kering, masukkan air sedikit.
Masukan potongan oren dan parutan kulit oren, cili padi, lobak merah dan bawang besar. Tambah sedikit gula jika terlalu masam.
Taburkan Maggi® CukupRasa™ dan gaul rata.
Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masak seketika dan tutup api.
Bila hendak hidang, bolehla curah atas isi ikan yang digoreng tadi.
Nak guna ikan seekor atau fish fillet (isi ikan tanpa tulang) pun boleh je. Saya guna fish fillet sebab senang nak makan. Lagi sedap isi ikan tu kita perasakan sedikit Maggi® CukupRasa™. Dulu, ikan tu saya perap dengan bawang putih tumbuk, halia, garam, kicap dan MSG. Tunggu lama juga la nak perap tu. Tapi sekarang lebih mudah dan lazat dengan Maggi® CukupRasa™, tabur je keatas ikan, dan gaul je. Tak perlu perap lama-lama macam kita guna bahan lain. Boleh terus golekkan atas tepung sadur dan goreng hingga rangup.