Resepi Ikan Goreng Cucur


categories: ,
Cara Membuat Resepi Sedap Ikan Goreng Cucur

Bahan-Bahan:

  • Ikan kembung (dibelah ditengah)
  • Tepung gandum
  • Bawang Besar/merah ( potong halus/tumbuk pun ok)
  • Sedikit daun kari
  • Telur
  • Secubit Serbuk kunyit
  • Cili api (optional
  • Limau kasturi

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan semua bahan macam kita nak buat cucur tu dengan menambah sedikit air mengikut kesesuaian.
  2. Tambahkan telur, serbuk kunyit, garam, serbuk perisa (terpulang nak letak ke tak) dan gaul sehingga sebati.
  3. Panaskan minyak dengan api yang kecil.
  4. Celup ikan kembung tadi kedalam adunan dan goreng..
  5. Hidangkan dan bolehlah perah limau kasturi di atas ikan tadi. (tak nak pun boleh)