Cara Membuat Resepi Sedap Kek Batik
Bahan-Bahan:
-
- 1 pek biskut Marie
- 250g mentega/butter
- 200g serbuk Milo
- 3 sudu besar serbuk koko, ayak
- 3/4 tin susu pekat
Cara Penyediaan:
-
- Lapik loyang dengan kertas parchment
atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom
guna loyang berukuran 8"x8".
- Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
- Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
- Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
- Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
- Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Tips: Jenis butter yang
digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Che Nom gunakan 1 buku
butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan
lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan
majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan
sedikit berbeza.