Cara Membuat Udang Butter Nestum
Bahan-bahan
- 12 ekor udang saiz sederhana
- 2 biji kuning telur
- 5 batang cili api (dibelah)
- 10 helai daun kari
- 3/4 cawan susu cair / segar
- 5 sudu besar butter
- Sedikit minyak
- 2 ulas bawang putih (dipotong halus)
- 4 sudu besar nestum
Cara-cara
Panaskan sedikit minyak dan 4 sudu besar butter di dalam kuali.
Pukul
kuning telur sedikit. Sambil sebelah tangan mengacau minyak di dalam
kuali secara bulatan, sebelah tangan lagi digunakan untuk menuang telur
ke dalam kuali tinggi-tinggi (untuk mendapatkan flos telur yang halus).
Teruskan menggoreng flos telur sehingga masak. Toskan ke tepi.
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak kemerah-merahan. Toskan ke tepi.
Panaskan
1 sudu butter dan tumis bawang putih serta cili api sehingga bau wangi.
Kemudian, masukkan susu dan daun kari. Tumis seketika.
Tambah
garam dan gula mengikut rasa. Akhir sekali, masukkan udang dan nestum.
Kaup balik sehingga semuanya sebati dan kering. Sedia untuk dihidangkan
bersama flos telur tadi. SIAP.